Wednesday 17 April 2013

Jamuan Perpisahan

Terima kasih kepada En Marcus Gau Lian yang telah berpindah ke SMK Luar Bandar Miri. Selamat bertugas di tempat baru.


 Selamat datang kepada En Samuel Ng.


Sentiasa kita bersama. 


Mesyuarat Bersama Majlis Tertinggi PPSM

YDP En Marcus Hugo mempengerusikan Mesyuarat JK Pelaksana Persidangan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak yang akan berlangsung pada bulan Julai di Bandaraya Miri. Majlis mengucapakan terima kasih kepada Pengetua SMK St Joseph Miri, En Samuel Ng yang sudi menyediakan bilik mesyuarat sebagai tempat bermesyuarat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 28 orang Pengetua dan wakil pengetua dari seluruh bahagian miri bersama dengan semua ahli Majlis Tertinggi PPSMS.

Wednesday 6 February 2013

Mesyuarat Majlis Pengetua-Pengetua Miri di SMK Lopeng Tengah



Mesyuarat Pengetua-Pengetua Sekolah  Menengah Miri kali pertama untuk tahun ini telah diadakan pada 17 Januari 2013, yang dipengerusikan oleh En Marcus Raja, Pengetua SMK Lopeng Tengah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengetua-pengetua dari daerah Baram dan Subis untuk membincangkan agihan tugas pengelolaan Persidangan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak yang akan diadakan pada bulan JUN 2013. Mesyuarat ini turut mengalu-alukan ahli baru, En Ng Meng Hong, Pengetua baru SMK St Joseph Miri.
Pengerusi Majlis Pengetua-Pengetua Miri bersama YDP PPSMS dan Wakil Bahagian Miri
YDP PPSMS, En Marcus Hugo menyampaikan cenderamata kepada En Ng Meng Hong, Pengetua SMK St Joseph Miri.

Sunday 30 December 2012

Selamat Tahun Baru-2013


Wajah-wajah Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Miri:
 Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 buat semua warga Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Miri. Semoga segala perancangan dan harapan untuk menjulangi jiwa pendidik di sekolah masing-masing akan dirahmati.. Selamat Maju Jaya Untuk Tahun 2013!

Thursday 29 November 2012

Jejak Langkah Pengetua Cemerlang Siri 2

Ceramah "Jejak Langkah Pengetua Cemerlang" Siri 2 telah diadakan pada 26 November 2012, bertempat di Dynasty Hotel Miri. Dalam siri kali ini, dua lagi pengisian telah dilaksanakan. En Albert Ong, Pengetua SMK Subis menyampaikan ceramah pengurusan kokurikulum, dan En Koh Chee Kiat, Pengetua SMK Luak pula mengajak para pengetua meneruskan kecenderungan penulisan akademik.